Friday, July 30, 2010

Terapi Gantian Metadhone - Kesan

Pengenalan
Methadone adalah opiat sintetik yang digunakan sebagai ubat penahan sakit dan juga di dalam rawatan penagihan narkotik. Methadone ini digunakan sebagai kaedah mengurangkan mudarat bagi membendung risiko penularan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan perkongsian jarum. Methadone juga masih boleh disalahgunakan. Oleh itu terapi gantian methadone mesti dipantau dan dikawal selia dengan rapi.

Ada tiga kesan utama yang dihasilkan oleh methadone:


    * Mengelakkan kesan gian.
    * Menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang
    * Mengurangkan keinginan terhadap dadah opiat

Rawatan gantian methadone merupakan rawatan jangka masa panjang.

Kesan dan akibat

Apabila methadone digunakan dengan betul, ia merupakan dadah yang selamat. Apabila disalahgunakan ia boleh menghasilkan kesan sampingan seperti mengantuk, letih lesu, loya, muntah, sukar membuang air kecil, perubahan emosi, gangguan corak tidur dan gangguan fungsi serta kurang keinginan dalam hubungan seksual. Kesan sampingan yang serius termasuk serangan sawan. Malah dalam kes pengambilan metadone secara berlebihan ia boleh mengakibatkan kematian.

Rawatan
Methadone boleh diberikan sebagai rawatan untuk pesakit luar di klinik dan hospital yang telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Methadone perlu diambil setiap hari dan pemberian metadone dipantau oleh pegawai farmasi dengan rapi di klinik dan hospital. Setiap penerima terapi gantian metadone wajib memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KKM dan mematuhi kaedah rawatan seperti yang ditetapkan.

Penerima rawatan methadone wajib memaklumkan maklumat terapi methadone apabila berjumpa dengan mana-mana doktor bagi mengelakkan kesan interaksi yang serius dengan ubat-ubat lain. Terapi gantian methadone akan menjadi lebih berkesan apabila rawatan digabungkan dengan kaedah menangani masalah perubatan, psikiatri dan sosial yang lain. Kaunseling juga memberi kesan positif di dalam terapi gantian methadone.

Pemulihan
Terapi kognitif
Terapi tingkah-laku
Latihan asertif
Sokongan sosial
Pembinaan kesihatan rohani yang mantap

Thursday, July 29, 2010

Jangkitan Kulat - Jenis, Faktor, Tanda, Rawatan dan Pencegahan

Apakah itu kulat?
Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang mereka dan berpelukan sesama mereka.

Apakah jenis-jenis jangkitan kulat?
Jenis-jenis ini boleh diklasifikasikan mengikut lokasinya :

    * Tinea capitis (kulit kepala)
    * Tinea corporis ( badan)
    * Tinea manuum (tangan)
    * Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

Apakah faktor-faktor yang menambahkan lagi risiko kepada jangkitan kulat?

    * Bersesak-sesak di kawasan yang panas dan lembab
    * Amalan cara hidup yang tidak bersih – seperti berkongsi tuala, memakai pakaian lembab, memakai stokin yang sama berulang kali, kuku panjang, berjalan tanpa kasut.
    * Lain-lain masalah perubatan – seperti Penyakit diabetis mellitus yang tidak terkawal, HIV atau masih dalam satu rawatan perubatan yang panjang yang mana ini melemahkan sistem immunisasi (cth: rawatan cancer)

Apakah tanda dan simptom jangkitan kulat?

Jangkitan pada kuku seperti berikut :

    * Kuku menjadi rapuh
    * Kasar
    * Kusam
    * Herot benyot (bentuk)

Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

    * Terjadi di antara ibu jari dan bahagian kaki yang lain.
    * Rasa gatal dan pedih di bahagian yang basah

Tinea capitis (kulit kepala)

    * Keadaan kemerahan di kulit kepala
    * Rambut menjadi rapuh
    * Boleh menyebabkan ada bahagian yang botak.

Tinea corporis ( badan)

    * Badan kemerahan dan bersisik di bahagian tengah kulit yang dijangkiti.
    * Mungkin juga menjadi ruam berbentuk bulat
    * Gatal-gatal.

Rasa gatal ini akan lebih ketara apabila berehat.

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh dirawat?
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosa yang tepat supaya itu rawatan yang betul dapat diberi. Cara menguruskan penyakit ini termasuklah :

    * Menjaga kebersihan diri dengan baik
    * Gunakan anti-septik seperti KMN04 (Potassium permanganate) untuk kulit basah.

Antikulat

    * Ubat-ubatan yang diberi samada suntikan atau secara oral.
    * Krim/Gel untuk disapu

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh dicegah?

    * Amalkan jagaan kebersihan diri
          o Jangan berkongsi tuala mandi, tukar stokin dengan kerap
          o Pakai alas kaki bila berjalan/ bermain dan jaga kebersihan kuku.
    * Basuh kaki dan jari-jari dengan bersih sekurangnya sekali sehari
    * Jangan memakai kasut yang terlalu ketat.
    * Keringkan kasut anda setiap malam
    * Pakai pakaian longgar.

Epilepsi - Definisi, Simptom dan Faktor

Memahami penyakit sawan dan epilepsi

Pergerakan aneh, pengsan dan sawan
Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:

    * Diam seketika
    * Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
    * Kaki dan tangan menjadi keras/kejang
    * Kaki dan tangan menyentak-nyentak
    * Tiba-tiba jatuh ke lantai

Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah :

    * Terkejut
    * Pergerakan normal semasa tidur
    * Tindakan menahan nafas
    * Reflex sawan anoxic (Reflex anoxic seizures)
    * Pengsan
    * Berangan

Apa itu epilepsi?

“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar. Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”, “cho chin” dalam bahasa Mandarin ataupun “kaka valipu” dalam bahasa Tamil.

Nota:
Sawan yang disebabkan rangsangan adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas berlakunya trauma kepada bahagian kepala, apabila terdapat perdarahan di dalam otak ataupun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.

Siapa yang menghidap epilepsi?

Sekurang-kurangnya 1% dari semua kanak-kanak akan mendapat sawan yang berlaku tanpa rangsangan, tetapi hanya separuh dari kumpulan ini yang seterusnya akan mendapat epilepsi.

Mengapa anak saya menghidap epilepsi?

Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik.. Sel-sel otak berfungsi dengan menjanakan aliran elektrik di dalam otak. Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku. Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:

    * Faktor keturunan dan semula jadi mendapat sawan
    * Pembentukan otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan
    * Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian otak.
    * Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan otak semakin rosak.

Wednesday, July 28, 2010

Ulser Mulut - Penyebab, Tanda dan Petua

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

    * Stres
    * Perubahan hormon
    * Jangkitan (infeksi)
    * Kekurangan zat makanan
    * Alahan
    * Radioterapi
    * Kimoterapi


Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

    * Rasa membakar dalam mulut
    * Kesakitan
    * Tidak selesa
    * Hilang selera makan
    * Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

    * Gunakan bahan kumuran antiseptik
    * Sapu gel atau krim penahan sakit
    * Kekalkan kebersihan mulut yang baik
    * Makan makanan lembut
    * Elakkan makan makanan panas dan pedas
    * Banyakkan minum air


Bonjela Original and Bonjela Cool are oral gels, aimed to relieve the pain of mouth ulcers and denture sores. Bonjela gel contains keratolytic and mildly antiseptic salicylic acid in the form of its salt choline salicylate, the antiseptic cetalkonium chloride, and antiseptic ethanol as active ingredients. Both products are suitable only for people aged 16 or over because of a possible association between salicylates and Reye's syndrome.

Tuesday, July 27, 2010

Menorrhagia (Haid Berlebihan)- Sebab, Diagnosa & Rawatan

 Menorrhagia bermaksud pendarahan darah haid yang lebih dari 80ml setiap kitaran haid. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara objektif, akan tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas, ia boleh diklasifikasikan sebagai menorrhagia. Ini termasuk terpaksa menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang hingga melimpah mengotori kain atau tilam. 

Sebab-Sebab

Kebanyakkan kes tidak mempunyai sebab-sebab tertentu.Di antara sebab-sebab yang boleh dikenal pasti adalah:

    * Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
    * Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukn kanser dari selaput rahim atau serviks)
    * Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara
      tidak normal)
    * Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
    * Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid

Sebab-sebab lain:


    * Akil baligh atau permulaan haid
    * IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
    * Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
    * Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik (Hyperlink PID)
    * Sindrom Polycystik ovari (PCOS)

Sebab-sebab yang jarang:

    * Masalah kelenjar pituitari atau rembesan hormon prolactin yang berlebihan.
    * Penyakit hati atau ginjal
    * Penyakit darah
    * Kanser Endometrium (kanser selaput rahim)
    * T.B. endometrium (T.B. selaput rahim)

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak seperti ubat yang boleh mencairkan darah atau kemoterapi (untuk kanser).

Diagnosa

Sejarah pesakit perlu ditanya oleh doktor supaya dapat mencari sebab-sebab pendarahan haid (seperti di atas). Anda akan ditanya berapa tuala wanita (pad) yang digunakan sehari termasuk simptom-simptom lain (seperti kekurangan darah dsb). Anda mungkin diminta mengisi satu borang carta yang boleh menolong memberi gambaran ringkas kadar darah haid yang anda alami.

Ujian darah boleh mengesan anaemia (kurang darah), yang boleh disebabkan oleh pendarahan yang banyak dan berlebihan. Ujian Ultrasound rahim boleh mengesan fibroid, polip atau kanser. Jikalau doktor anda tidak dapat mengesan sebab-sebab pendarahan, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk rawatan lanjutan.

Rawatan

Rawatan termasuk ubat-ubatan dan pembedahan.

Asid Tranexamic adalah ubat yang paling mujarab. Ia boleh mengurangkan pendarahan haid dan diambil pada hari-hari haid sahaja. Ia tidak mengurangkan masa pendarahan tetapi lebih mengurangkan kuantiti pendarahan. Ubat-ubat lain seperti anti-radang (Mefenamic acid - Ponstan) juga boleh digunakan. Ia mungkin kurang efektif berbanding asid tranexamic tetapi boleh mengurangkan sakit senggugut.

Pil perancang boleh mengurangkan pendarahan haid berlebihan, sakit sengugut dan pada masa sama menghindar mengandung.

Pembedahan pula termasuk pembedahan membuang rahim (hysterectomy) atau membuang selaput rahim (endometrium). Prosedur membuang selaput rahim ini dipanggil ablasi endometrium. Ablasi ini merangkumi pembakaran dengan tenaga elektrik atau gelombang mikro. Mereka yang menjalani pembedahan hysterectomy tidak akan mengalami pendarahan haid lagi, akan tetapi keperluan membuat pembedahan ini perlu diimbang kosnya yang mahal dan kesan sampingan lain.

Ablasi endometrium adalah pilihan yang baik jikalau pesakit tidak mahu menjalani pembedahan histerektomi. Rawatan ablasi yang menggunakan gelombang mikrowave boleh didapati di kebanyakan hospital-hospital besar di Malaysia.

Monday, July 26, 2010

Inkontinen Urin - Tanda, Simptom, Komplikasi, Rawatan & Pencegahan

Inkontinen Urin

Kegagalan kawalan pundi kencing ialah satu keadaan di mana kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinen urin). Ia kerap berlaku di kalangan wanita. Sebanyak 30% wanita di Malaysia mengalami masalah ini.

Jenis-jenis dan sebab-sebab inkontinen urin :

   1. Inkontinen terdesak (Urge incontinence)

    Biasanya disebabkan oleh otot pundi kencing yang tidak stabil. Ini menyebabkan pundi kencing mengecut di luar kawalan dan mengakibatkan tekanan di dalam pundi kencing berlebihan dan kencing terkeluar.

   2. Inkontinen stres (semasa batuk dan meneran)

    Biasanya berlaku disebabkan oleh otot lantai pelvis (pinggul) yang lemah selepas kelahiran atau putus haid (pengurangan paras hormon). Ia juga boleh berlaku di kalangan lelaki selepas pembedahan kelenjar prostat

   3. Retensi dan kencing melimpah (Retention and Overflow)

    Kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing secukupnya. Ia mungkin disebabkan oleh halangan aliran keluar air kencing, diabetes atau kecederaan ke atas saraf pundi kencing

   4. Halangan aliran keluar air kencing (Outflow obstruction)

    Selalunya berlaku disebabkan oleh pembesaran kelenjar prostat atau kesempitan saluran kencing (urethra)

   5. Inkontinen Fungsi (Functional Incontinens)

    Kesukaran untuk sampai dan menggunakan tandas akibat daripada masalah pergerakan fizikal, kekeliruan, masalah komunikasi dan kemurungan

   6. Masalah saraf (kerosakan saraf atau otak) seperti:
          * Angin ahmar
          * Ketumbuhan
          * Iritasi pundi kencing seperti batu atau ketumbuhan

   7. Kombinasi inkontinen urge dan stres

Tanda & Simptom

Inkontinen terdesak (Urge incontinence)

    * Pesakit terdesak untuk membuang air kecil sebaik sahaja sensasi untuk kencing timbul (urgency)
    * Kerap membuang air kencing (frekuensi)

Inkontinen stres

    * Boleh berlaku semasa aktiviti fizikal seperti batuk, ketawa, bersin dan mengangkat berat

Retensi dan kencing melimpah

    * Pesakit mengalami kencing yang menitis berterusan

Halangan aliran keluar air kencing

    * Kesukaran untuk mengeluarkan air kencing

Masalah saraf (kerosakan saraf atau otak)

    * Boleh mengakibatkan kedesakan, kekerapan, retensi pundi kencing dan air kencing melimpah

Komplikasi


Fizikal

    * Jangkitan pada kulit dan saluran kencing
    * Ruam

Psikologi

    * Kemurungan dan keresahan
    * Tekanan pada penjaga

Sosial

    * Pengasingan sosial
    * Masalah kewangan

Rawatan

Langkah-langkah am

    * Rawatan untuk jangkitan saluran kencing, sembelit, diabetes, pembesaran kelenjar prostat
    * Elakkan pengambilan minuman kafein
    * Pengambilan cecair yang berpatutan. Pengambilan cecair yang kurang akan mengakibatkan dehidrasi dan sembelit. Pengambilan cecair yang berlebihan pula menyebabkan inkontinen bertambah teruk
    * Elakkan sembelit
    * Menyediakan kemudahan tandas yang mesra warga emas dan alat bantuan kontinen seperti bekas kencing (bed pans), bekas buang air besar dan lampin pakai buang
    * Memastikan kebersihan diri seperti mandi dan menjaga kebersihan pakaian

Inkontinen terdesak (Urge incontinence)
Rawatan Bukan Ubat-ubatan

    * Modifikasi tingkah laku
          o Latihan ke atas pundi kencing membantu menahan desakan membuang air kencing.
          o Kaedah yang digunakan akan memanjangkan masa antara kencing
          o Ini akan menambahkan keupayaan takungan pundi kencing dan mengurangkan kejadian kencing terkeluar

Rawatan Ubat-ubatan

          o Ubat-ubatan boleh diperolehi daripada doktor

Inkontinen Stres
Rawatan Bukan Ubat-ubatan

    * Senaman untuk menegangkan dan menguatkan otot lantai pelvis (pinggul)

Rawatan Ubat-ubatan

    * Terapi gantian hormon mungkin berguna untuk wanita yang putus haid

Pembedahan

    * Boleh dilakukan untuk segelintir pesakit

Retensi dan kencing melimpah

    * Pesakit mungkin memerlukan pengeluaran air kencing melalui tiub.
    * Ia membantu mencegah retensi kencing yang berterusan dan/atau kudis tekanan yang sukar sembuh.
    * Tetapi ia meninggikan risiko jangkitan saluran kencing.

Pencegahan

    * Kekalkan berat badan yang unggul
    * Melakukan senaman untuk menegangkan dan menguatkan otot lantai pelvis (pinggul) semasa mengandung dan selepas bersalin
    * Elakkan pengambilan minuman kafein dan alkohol
    * Lebihkan pengambilan serat dalam makanan untuk mencegah sembelit

Rehabilitasi
Penilaian dan nasihat oleh doktor, jururawat, jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja boleh membantu.

Saturday, July 24, 2010

Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang Termahal di Dunia

-- Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, kopi termahal di dunia dari Indonesia, difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran. "Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Ma'ruf Amin di sini. Kopi luwak adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semulajadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan. Biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual. MUI mengeluarkan fatwa tersebut berikutan banyak pertanyaan dan keluhan umat Islam mengenai perkara itu, dan berharap dengan adanya fatwa berkenaan, hukum mengenai pengambilan kopi luwak menjadi lebih jelas. Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub berkata MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut. "Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya. Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan. Kopi luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh". Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi. Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram. Kopi tersebut juga didakwa dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram dihasilkan. Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram. -- Oleh Ahmad Fuad Yahya JAKARTA, 20 Julai (Bernama)


Salah satu variati robusta yang mahal dan luar biasa adalah Kopi Luwak, Indonesia. Biji kopi ini dikutip dari najis (Common Palm Civet), yang proses penghadamannya memberikan rasa berlainan.
Sanggup ke nak makan kopi ni????


 

Delirium - Definisi, Sebab, Gejala, Komplikasi, Rawatan, Risiko,

Pengenalan

'Delirium' adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang berlaku secara tiba-tiba atau akut (dalam jangka masa beberapa jam atau hari). 'Delirium' atau kekeliruan yang akut, bukanlah sejenis penyakit. Malah ia adalah satu sindrom klinikal (berciri oleh beberapa jenis gejala-gejala) yang berlaku akibat proses penyakit. 'Delirium' ini kerap berlaku di kalangan pesakit dalam hospital, melingkungi 10-20% pesakit di wad perubatan dan pembedahan. Kadar kekerapan berlakunya 'delirium' di kalangan pesakit warga emas meningkat lebih tinggi, menjangkau 30-40%. Kadar di kalangan kanak-kanak juga tinggi.

Ada banyak sebab-sebab 'delirium' berlaku, termasuk penyakit fizikal yang teruk, penyakit yang berlaku secara langsung atau tidak langsung ( contohnya; jangkitan, kecederaan, keracunan, dan sebagainya); atau boleh di sebabkan dadah dan alkohol. Di kalangan warga emas, penyebab yang paling kerap adalah jangkitan saluran kencing.

Tanda-tanda dan gejala
'Delirium', mungkin di kelirukan dengan penyakit mental yang lain seperti dimensia, penyakit kemurungan dan penyakit psikosis. Tanda-tanda yang utama 'delirium' adalah:

    * Rasa mengantuk/ ingatan melayang di mana paras kesedaran yang berubah-ubah.
    * Keliru terhadap masa, tempat dan orang.
    * Hilang tumpuan
    * Sukar mengingati peristiwa yang baru berlaku

Tanda-tanda lain termasuk perubahan tingkah laku seperti menjadi resah dan ganas; tanda-tanda psikotik termasuk halusinasi dan delusi (kepercayaan yang pelik dan tidak munasabah); perubahan emosi dan juga gangguan tidur. 'Delirium'di kalangan warga emas, mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Komplikasi

Kebanyakan daripada pesakit yang mengalami delirium pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun kadar untuk pulih di kalangan warga emas berbeza, dari 4 hingga 40%, dan masalah ingatan mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.
'Delirium' boleh menyebabkan seseorang berada di hospital pada masa yang lebih, dan boleh meningkatkan risiko kematian.

Rawatan

Oleh kerana 'delirium' adalah satu masalah yang serius, adalah baik sekiranya pesakit dimasukkan ke hospital. Perawat perlulah lebih peka kepada tanda-tanda delirium terutamanya di kalangan warga emas.
Kenal pasti dan rawat punca 'delirium' secepat mungkin.
Rawatan sokongan termasuk membantu pesakit mengorientasikan diri mereka kepada persekitaran, memberi arahan seringkas yang mungkin, dan sebagainya. Strategi-strategi lain termasuk memberi pembelajaran kepada ahli keluarga tentang keadaan pesakit serta menggalakkan mereka supaya menemani pesakit semasa dalam wad.
Kadang-kadang rawatan ubatan perlu digunakan untuk mengawal masalah psikotik dan tingkah laku.

Faktor-faktor risiko

    * Faktor-faktor individu termasuk umur, penurunan kognitif [cognitive deficit], penyakit lain yang berlaku pada masa yang sama [ko-morbid] dan episod-episod 'delirium' yang lepas.
    * Faktor-faktor bersabit prosedur semasa pembedahan.
    * Penyakit-penyakit lain seperti kelecuran akibat kebakaran, AIDS, jangkitan lain, perubahan metabolik dan sebagainya.
    * Faktor-faktor berkait dengan ubatan termasuk ketagihan dadah dan alkohol.
    * Faktor-faktor sekitar termasuk stres, pengasingan sosial, kerosakan deria dan kelumpuhan yang berpanjangan dan sebagainya.

Rehabilitasi

Setelah keluar dari hospital, pesakit mungkin memerlukan penilaian yang berterusan, dan juga perawatan dari segi defisit kognitif dan fungsi harian. Kebiasaannya ia di dalam bentuk rawatan cara kerja dan fisioterapi yang berterusan.

Wednesday, July 14, 2010

Demam Kepialu (Typhoid Fever) - Tanda, Diagnosis, Komplikasi, Rawatan

Demam kepialu (typhoid fever) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella  spesis. Demam ini sering terjadi di daerah endemik di India, Asia Tenggara, Asia Timur, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Demam kepialu hanya menyerang manusia dan ia dapat disebarkan melalui makanan atau air minuman yang telah tercemar dengan najis atau air kencing pesakit atau pembawa demam kepialu.

Tanda-tanda
Demam kepialu yang tidak diubati akan sembuh dalam masa 4 minggu. Pesakit akan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan beberapa hari (3 hingga 56 hari) setelah dijangkiti oleh bakteria yang telah disebutkan.

Tanda pertama yang muncul adalah demam dengan suhu yang tinggi. Suhu badan turun naik sekitar 39 atau 40 darjah Celcius. Selain itu, pesakit juga akan mengalami sakit kepala, sakit otot dan seluruh badan, penat, cirit birit, dan ruam akan timbul di kulit. Cair dan seperti sup kacang hijau adalah sifat khas bagi najis pesakit demam kepialu. Setelah berapa hari, cirit birit akan hilang dan pesakit berhenti terus dari membuang air besar.

Pesakit akan menjadi semakin lemah dari hari ke hari. Pada minggu ketiga, tahap kesedaran akan berkurang dan pesakit berada di dalam keadaan delirium. Ketika ini, pesakit seperti berada di dalam kekeliruan. Demam akan beransur-ansur surut padan minggu keempat.

Penyebab
Penyebab utama demam kepialu ialah bakteria Salmonella typhi. Demam kepialu dapat ditularkan melalui makanan atau air minuman yang telah dicemari oleh najis atau air kencing daripada orang yang telah dijangkiti penyakit ini. Lalat juga merupakan salah satu penular penyakit ini.

Diagnosis
Diagnosis dapat dibuat berdasarkan tanda-tanda penyakit yang telah disebutkan di atas dengan dibantu oleh beberapa maklumat seperti tempat pelancongan dan tempat makan yang baru dikunjungi sebelum sakit.

Beberapa pemeriksaan khusus juga perlu di buat. Biasanya sampel darah dan najis akan di ambil. Pemeriksaan bakteriologi dan serology akan di buat terhadap sampel yang telah di ambil.

Komplikasi
Pendarahan dan perforasi (perforation) usus dapat terjadi apabila demam kepialu tidak diubati dengan segera. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan kematian. Selain itu, penyakit ini dapat merebak dan menyebabkan jangkitan ke paru-paru, jantung, dan buah pinggang.

Rawatan
Antibiotik merupakan ubat utama dalam merawat demam kepialu. Pada suatu ketika dulu, ubat chloramphenicol digunakan sebagai ubat pilihan untuk merawat demam kepialu. Tetapi ubat tersebut tidak digunakan lagi kerana bakteria penyebab demam kepialu telah berevolusi dan tidak dapat dibunuh dengan chloramphenicol. Sekarang, ubat ciprofloxacin digunakan untuk merawat demam kepialu.

Selain itu pesakit juga harus minum air dengan banyak dan memakan makanan yang tinggi kalori untuk memberikan tenaga supaya badan cepat sihat.

Pencegahan
Demam kepialu dapat dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Basuhlah tangan sebelum makan, elakkan makan di tempat yang kotor, jangan gunakan air dari sumber yang tidak dirawat, elakkan memakan makanan yang tidak dimasak, dan makanlah makanan yang masih panas. Selain itu, suntikan vaksin juga dapat mencegah penyakit ini.



Thursday, July 8, 2010

Conjunctivitis (Radang Selaput Mata) - Tanda, Gejala, Rawatan, Pencegahan

Apakah maksud radang selaput mata (conjunctivitis)?
Selaput mata (conjunctiva) ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan kelopak mata. Radang selaput mata (conjunctivitis) ialah selaput mata yang sakit atau merah. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh kuman (bacteria atau virus) atau alahan.


Tanda-tanda dan gejala
Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab radang selaput mata. 
Radang selaput mata yang disebabkan oleh bakteria dan gejalanya adalah seperti:

  • Mata merah
  • Discaj Pekat (thick discharge)
  • Kelopak mata melekat
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
  • Selalunya berlarutan selama seminggu

Radang selaput mata yang disebabkan oleh virus:

  • Mata merah
  • Discaj cair (slight watery discharge)
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
  • Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih
Radang selaput mata yang disebabkan oleh alahan:

  • Mata merah
  • Gatal mata, kadangkala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis)
  • Mata berair dan pedih
  • Mata sentiasa berair
  • Kedua belah mata sakit pada masa yang sama
  • Boleh berlanjutan buat masa yang lama

Apakah rawatan penyakit ini?
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya. 


Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:

  • Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan "ointment" secara lebih kerap.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

Radang selaput mata disebabkan oleh virus:

  • Tidak memerlukan rawatan yang khas
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:

  • Ia mungkin keadaan yang kronik
  • Memerlukan ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal

Cara-cara lain :

  • Cuci atau lap mata dengan air suam, samada air biasa atau air yang telah dilarutkan dengan sedikit garam
  • Elakkan kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang
  • Cara-cara mengelakkan jangkitan
  • Radang yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. 
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:

  • Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
  • Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata
  • Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair
  • Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata
  • Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat




Chlamydia - Gejala, Komplikasi, Rawatan, Pencegahan

Pengenalan
Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali didapati di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawati ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.

Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi. 

Tanda dan Gejala 
80% wanita dan 10% dari lelaki tidak menunjukan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan. 

Untuk Lelaki : 
  • Keluaran cecair dari zakar (penis)
  • Pedih/perik dan gatal semasa buang air kecil. 
  • Gejala yang dialami mungkin dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja. Walau bagaimanapun ianya akan muncul semula. Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

Untuk Wanita: 
  • Gatal atau keluar lendiran pada faraj.
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Perdarahan diantara kitaran haid
  • Demam
  • Penyakit ini boleh menyebabkan radangan pangkal rahim, rahim dan penyakit radangan pelvis (pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

Untuk Bayi: 
  • Demam
  • Radang paru-paru (Pneumonia)
  • Sakit mata 


Biasanya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga satu bulan selepas jangkitan. 

Komplikasi
Chlamydia boleh menyebabkan kemandulan kepada lelaki dan wanita

Rawatan
Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

Rawatan awal digalakkan. Ia boleh mengelak daripada masalah seperti penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease) di samping kemandulan dan masalah mengandung. Rawatan mesti diberi sepenuhnya sehingga gejala Chlamydia hilang. Pesakit tidak digalakkan mengambil arak, susu dan lain-lain produk tenusu. 
Dalam kes-kes Chlamydia melalui perhubungan seksual, kedua-dua pasangan perlu dirawat bersama. Aktiviti seks perlu dielakkan sehingga rawatan selesai. Rawatan susulan juga penting, kerana doktor perlu memastikan jangkitan penyakit sembuh sepenuhnya.

Pencegahan
Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik adalah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia. Walau bagaimanapun mengelak dari melakukan hubungan seks adalah dicadangkan kepada yang dijangkiti dan diberi rawatan antibiotik.
Risiko untuk Chlamydia (atau lain-lain jangkitan penyakit seksual), akan meningkatkan dengan bertambahnya bilangan pasangan seksual.




Buasir - Definisi, Sebab, Pencegahan, Rawatan

Definisi
Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

PENYEBAB UTAMANYA

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat

PENCEGAHAN
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
  • Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

RAWATAN
  • Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
  • Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
  • Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.
  • Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
  • Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
  • Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.
  • Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
  • Koagulasi inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ianya lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
  • Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur koagulasi inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
  • Terapi laser- pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebiha nnya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
  • Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.


BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

PENGURUSAN SENDIRI
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

.



Arthritis - Gejala, Faktor, Rawatan, Ubatan

Definisi
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka. 
Jenis-jenis arthritis adalah:
  • Osteoarthritis (OA)
  • Rheumatoid Arthritis
  • Infectious arthritis
  • Polymyalgia rheumatica

Tanda-tanda dan gejala
  • Sakit sendi  (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
  • Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
  • Kekerasan sendi.
  • Sakit di sekitar sendi.
  • Deformiti.
  • Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
  • Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
  • Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
  • sukar melakukan tugasan tertentu.
  • sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.

Faktor-faktor risiko osteoarthritis
  • Peningkatan umur
  • Kegemukan :di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
  • Keturunan:terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
  • Pergerakan yang keterlaluan.
  • Kecederaan sendi yang teruk:Kepatahan tulang.
  • Koyak pada bahagian meniscus.
  • kerosakan pada ligamen
  • Pekerjaan:OA sendi lutut dikalangan pekerja.
  • OA sendi paha di kalangan petani.

Perawatan
Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.

Pendidikan pesakit
  • Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangka panjangnya perlu di bincangkan.
  • Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
  • Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
  • Penurunan berat badan.
  • Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
  • Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
  • Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.

Fisioterapi
Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya yang berlarutan.
Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.

Program senaman
Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman:
  • Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
  • Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.

Program aerobik
Senaman aerobic yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
Perlindungan sendi:

- Alat bantuan berjalan

  • Bagi OA sendi paha dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengurangkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%. Gunakan tongkat yang sesuai ketinggiannya. Bahagian atas pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tangan pesakit apabila beliau berdiri. Kasut yang selesa dan penyerap retakan adalah digalakkan.

- Alat sokongan pada lutut
  • Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang bermasalah "degenerative".
  • - "Taping" pada Tempurung lutut
  • Bagi OA petello-femoral, "Taping" pada bahagian medial tempurung lutut dan diikuti oleh senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi.

Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan
  • Kaedah terapi haba
  • Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
  • Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
  • Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
  • Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
  • TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
  • Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.

PEMULIHAN CARAKERJA
  • Pemulihan carakerja membantu dalam mengurangkan hilangupaya aktiviti harian melalui penggunaan alatan yang diubahsuai. Indikasi penggunaan alat sokongan (Splinting). Alat sokongan digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan mengurangkan sakit. Contoh: Alat sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan sendi lutut.
  • Ubahsuaian kasut. Pengubahsuaian kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian tapak kaki.
  • Pengurusan tekanan. Sakit selalunya adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-tanda tekanan.
  • Jurupulih carakerja akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang yang boleh membantu mengurangkan sakit.
  • Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang keterlaluan dapat diatasi.

Terapi Ubatan

Jenis-jenis terapi ubatan
  • Ubat makan
  • Suntikan dalam sendi
  • Ubat sapu
  • Lain-lain

Ubat makan
Pemberian ubatan untuk wargatua. Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila umur meningkat. Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi wargatua. Panadol atau Paracetamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesakitan dan perlu diberi keutamaan berbanding Ubat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs).
Ubat Penghalang COX-2 didapati berkesan sama seperti Ubat Antiradang Tanpa Steroid malah kurang kesan sampingan gastrik.Kebelakangan   ini ianya terbukti selamat untuk jantung.
NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gastric, gangguan fungsi buahpinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung bagi sesetengah individu.
Tramadol pula boleh menyebabkan sembelit dan kekeliruan dikalangan wargatua jika tidak berwaspada.
Terapi suntikan dalam sendi. Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih sahaja. 
Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah:
  • Glucocorticoids
  • Hyaluronan
  • Ubatan sapu
  • Topical NSAIDs
  • Methylsalicylate liniment (LMS)
  • Capsaicin
  • NSAID-mengandungi plaster berubat sebagai pilihan lain bagi rawatan arthritis.

Lain-lain
  • Glucosamine - Glucosamine soleplate berguna untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi bagi pesakit dengan OA ringan dan sederhana. Ia dapat menghentikan penipisan ruang antara sendi dan mengubah kesan jangkapanjang penyakit.

Pilihan Pembedahan
Jika rawatan ubatan gagal iaitu sakit berterusan, rawatan pembedahan boleh dipertimbangkan.
Pengukuran yang diambilkira untuk memilih kaedah pembedahan terbaik:
  • Kebarangkalian untuk berjaya dengan kaedah yang dipilih.
  • Komplikasi-komplikasi kaedah tersebut.
  • Sebelum membuat pilihan kaedah pembedahan terbaik untuk pesakit, factor-faktor berikut perlu diambil kira;
        • Umur pesakit.
        • Sendi yang terlibat.
        • Masa sesuai untuk pembedahan.
        • Kepakaran dan kemahiran yang ada.

- Pilihan pembedahan termasuk:
  • Arthroscopic debridement
  • Ligamentous reconstruction
  • Osteotomy
  • Unicompartmental arthroplasty
  • Total joint arthroplasty
  • Arthrodesis

Pembedahan penukaran sendi sepenuhnya adalah pilihan terbaik bagi yang berumur melebihi 60 tahun.

Arthroscopic debridement
Kaedah ini melegakan sementara gejala OA lutut yang ringan ke sederhana tetapi ia tidak dapat membetulkan proses degenaratif. Pesakit perlu di beritahu dengan jelas komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan pembedahan rekonstruktif seterusnya jika perlu. Ligamentous reconstruction of the knee joint

Tujuan utama kaedah ini adalah untuk mengurangkan sakit dan memulihkan kestabilan sendi.
Pesakit perlu diberi kaunseling bahawa prosedur ini bertujuan untuk menyelamatkan sendi dari kerosakan.

Osteotomy
Tujuan utama osteotomy adalah untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi. Osteotomy juga digunakan bagi sendi pinggul untuk menghilangkan gejala dan melambatkan pembedahan definitif.

Unicompartmental arthroplasty
Secara tradisi, kaedah pembedahan ini digunakan untuk pesakit yang mengalami arthritis sendi lutut yang melibatkan satu bahagian khusus dikalangan pesakit berumur melebihi 60 tahun dan tidak aktif. Juga bermenafaat bagi pesakit yang mengalami deformiti sendi yang ringan dan sederhana serta sendi lutut tidak longgar. Teknik ini adalah susah dan dilaporkan berjaya dilakukan di pusat rawatan cemerlang.

Total joint arthroplasty
Pembedahan menggantikan sendi sepenuhnya adalah pembedahan utama untuk osteoarthritis sendi lutut, pinggul dan bahu. Kebanyakan pesakit tidak lagi sakit dan mempunyai fungsi sendi yang hampir normal selepas berjaya di bedah. Penukaran sendi sepenuhnya bertahan selama 15 tahun atau lebih bergantung kepada tahap aktiviti fizikal.

Arthrodesis
Prosedur ini terbukti berkesan mengurangkan sakit dan kebanyakannya dilakukan keatas sendi tulang belakang, sendi pergelangan tangan, tangan dan kaki. Bagi sendi lutut dan pinggul ianya cuma bertujuan untuk menyelamatkan sendi tersebut.
PENCEGAHAN PERINGKAT PRIMA
  • Pencegahan prima boleh menjadi kenyataan jika semua faktor-faktor risiko di ubah.
  • Kebanyakan faktor-faktor risiko ini adalah penting bagi sendi-sendi yang menampung berat badan.
  • Mengelakkan kegemukan, penurunan berat badan dan pendidikan Kesihatan mengenai teknik penjagaan dan perlindungan sendi termasuk dari kecederaan adalah digalakkan sebagai langkah pencegahan.

Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.