Tuesday, August 10, 2010

Rinitis - Gejala, Komplikasi, Rawatan dan Pencegahan

 Rinitis adalah satu keadaan di mana seseorang merasa sesak nafas dan atau hidung berhingus, gatal-gatal dan bersin yang menyebabkan ketidakselesaan (irritation) dan rasa hidung tersumbat. Terbahagi kepada akut dan kronik Rinitis. Jika gejala lebih dari enam minggu ia diklasifikasikan sebagai kronik. Rinitis kronik boleh dibahagikan kepada alahan dan tiada alahan rinitis.

    * Rinitis bukan alahan: Gejala tiada alahan rinitis adalah sama dengan demam selesema (alahan rinitis), tetapi tidak melibatkan alahan. Ia biasanya berlaku dalam masa yang panjang.
    * Rinitis alahan: alahan disebabkan tindak balas kepada ubat gegat, habuk rumah, bulu binatang, bahan kimia, makanan, minyak wangi atau pewangi kereta . Tubuh badan kita bertindakbalas kepada alergen yang kerap dikawal oleh sel tiang. Tiang sel mengeluarkan histamine yang menyebabkan pengembangan salur darah, kulit kemerahan dan membran membengkak. Apabila ini berlaku di dalam hidung, gejala alahan rinitis terjadi.
    * Rinitis Vasomotor (Idiopathik/ rhinitis perengga) adalah disebabkan tindak balas oleh membrane hidung kepada gangguan seperti asap, perubahan suhu dan stres. (Lain-lain sebab rinitis kronik adalah hidung tersumbat seperti nasal polyps, pembesaran adenoids dan penyimpangan septum yang menghalang aliran hingus dan pergerakan udara. Kadangkala ubatan juga boleh menjadikan rhinitis alahan, rinitis vasomotor atau penyimpangan septum bertambah teruk. Penggunaan nasal decongestants yang terlalu lama boleh menyebabkan rinitis menjadi teruk. Sesetengah ubat tekanan darah seperti beta blockers dan vasodilators boleh menyebabkan rinitis.
    * Perubahan hormon semasa mengandung boleh menyebabkan Rinitis Keadaan akan pulih selepas kelahiran.

Tanda dan Gejala

Gejala Rinitis termasuk bersin dan selesema, hidung tersumbat dan gatal-gatal hidung, lelangit dan telinga, mata pedih, gatal-gatal dan sakit kepala.

Komplikasi


Dalam keadaan yang teruk dan berlarutan tiada alahan, komplikasi yang mungkin berlaku seperti:

    * Nasal polyps. Terdapat tumbuhan benigna yang lembut terjadi pada lapisan hidung atau sinus disebabkan radangan kronik. Polyps yang kecil tidak menyebabkan masalah tetapi yang besar akan menyekat peredaran udara melalui hidung dan susah untuk bernafas .
    * Resdung Hidung tersumbat yang berpanjangan disebabkan rinitis bukan alahan boleh meningkatkan terjadinya sinusitis - jangkitan atau radangan pada lapisan membran sinus. Sinusitis boleh menyebabkan kesakitan. Sakit apabila disentuh dan bengkak di sekeliling mata, pipi, hidung atau dahi.

Rawatan

Perubatan (Medical)

    * Anti-histamines: Dapat memberi kelegaan kepada gejala yang sedikit dan sederhana.
    * Antihistamines yang mempunyai kesan yang berpanjangan dan kurang menyebabkan mengantuk adalah bersesuaian.
    * Decongestants: Membantu mengurangkan gejala seperti hidung tersumbat.
    * Corticosteroids: Biasanya dalam bentuk semburan hidung dapat mengurangkan tindakbalas imun. Ia diprekripsi untuk mengurangkan kekerapan gejala.

Pembedahan(Surgical)
Rinitis disebabkan masalah keadaan seperti polyps hidung, adenoids bengkak dan penyimpangan septum boleh dibetulkan dengan pembedahan.

Pencegahan

    * Mengelak daripada alergen adalah rawatan yang paling baik dalam rhinitis alahan dan rinitis vasomotor.
    * Cuba elak daripada binatang kesayangan, permaidani dan tentukan rumah sentiasa tiada habuk.
    * Jangan merokok dan pilih kawasan yang bebas daripada asap. Mustahil dapat mengelakkan sepenuhnya dari kawasan penyebab alahan tetapi ia boleh mengurangkan daripada serangan baru rinitis.

Pemulihan
Dalam keadaan yang teruk atau susah merawat rinitis alahan, pesakit perlu dirujuk kepada pakar alahan untuk penilaian terapi imuno. (Penambahan dos penyebab alahan untuk meningkatkan tahap ketahanan imun

0 comments: