Friday, August 13, 2010

Mata Juling - Penyebab, Kesan dan Rawatan



Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan.Satu mata bergerak dengan normal tetapi mata di sebelahnya bergerak samada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan.

Sebab-sebab mata juling

    * Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui
    * Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
    * Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
    * Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.


Tanda-tanda dan gejala:

    * Tanda utama ialah kedudukan mata yang tidak selari/sejajar.
    * Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.
    * Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
    * Bagaimanapun mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.

Apakah kesan dari mata juling?

    * Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna. Jika tidak dirawat dengan segera (sebelum kanak-kanak berumur 6 tahun) , ini boleh membawa kepada masalah mata malas (lazy eye/amblyopia).
    * Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.

Apakah rawatan yang ada?

    * Mata juling memerlukan pemeriksaan awal dengan doktor mata.
    * Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun jauh.
    * Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mata malas (lazy eye/amblyopia), menampal mata yang sihat boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
    * Pembedahah boleh merawat mata juling dengan baik. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
    * Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.

0 comments: