Sunday, July 4, 2010

Demam Campak - Infeksi, Simptom, Rawatan, Petua

Apakah itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai dengan ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Program Immunisasi Campak.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
  • Ruam demam campak


Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Petua Mengubati Demam Campak.
Menggunakan Daun Semambu yang juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil. Cara menggunakannya:
  • Gunakan Daun Semambu sebagai pelapik/ alas cadar untuk tidur.
  • Gunakan Daun Semambu untuk membasuh seluruh badan sama seperti penggunaan sabun. Gosokkan ke badan.
  • Tumbuk Daun Semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan di seluruh badan.
Tips Kepada pesakit Demam Campak atau Chikcken Pox
  • Bila ruam telah kering dan berkuping, jangan digaru, biarkan ianya gugur dengan sendirinya.
  • Kalau gatal, eloklah mandi. Namun, kebanyakkan petua orang Melayu tidak menggalakkan mandi ketika masih demam campak. Ini terpulang kepada individu dan keaadaan badan pesakit itu sendiri.
  • Ketika Demam Campak mula-mula terbentuk, iaitu bermulanya pertumbuhan ruam, digalakkan meminum air kelapa muda. Ini bagi memercepatkan lagi proses bintik-bintik campak itu tumbuh, dan pesakit tidaklah terseksa begitu lama.
  • Jangan memakan makanan berkicap atau bergoreng, dikhuatiri bintik-bintik campak itu nanti akan berwarna hitam.




0 comments: