Wednesday, September 1, 2010

Asma atau Lelah - Penyebab, Tahap Keterukkan dan Faktor Risiko


Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.

Keterukan Asma:
  • Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari
  • Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
  • Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan kerap.
Penyebab
  • Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.
  • Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
  • Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen.
  • Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.

Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema. Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut. Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
   
  • Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap suhu udara.
  • Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.
Faktor - Faktor Risiko
Faktor-faktor risiko asma adalah terdiri daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran udara. Bagi mereka yang mengalami keradangan saluran udara sangat sensitif terhadap pencetus asma.

Pencemaran udara
Mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang bekerja di persekitaran yang tercemar. Udara yang tercemar mengandungi pelbagai pencetus asma seperti asap dan wasap. Biasanya, ibubapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda risiko untuk memperolehi anak yang menghidap asma.

Bayi pra matang
Bayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma apabila umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka dilahirkan, sistem respirasi mereka masih belum matang dan masih belum mampu berfungsi sepenuhnya. Golongan ini mudah menghidap Asma kerana mereka menghadapi masalah untuk menyedut dan menghembus udara keluar dari paru-paru.

Merokok
Rokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran udara dan seterusnya menyebabkan asma.


Asthma is a common chronic inflammatory disease of the airways characterized by variable and recurring symptoms, reversible airflow obstruction, and bronchospasm. Symptoms include wheezing, coughing, chest tightness, and shortness of breath. Treatment of acute symptoms is usually with an inhaled short-acting beta-2 agonist (such as salbutamol). Symptoms can be prevented by avoiding triggers, such as allergens and irritants, and by inhaling corticosteroids.Leukotriene antagonists are less effective than corticosteroids and thus less preferred.The prevalence of asthma has increased significantly since the 1970s. As of 2009, 300 million people were affected worldwide. In 2009 asthma caused 250,000 deaths globally. Despite this, with proper control of asthma with step down therapy, prognosis is generally good.









Kanser Kolon - Simptom, Risiko, Diagnosis, Rawatan dan Pencegahan


Kanser kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon. Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.

Simptom-simptom

Seperti kebanyakan pesakit kanser kolorektal, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Simptom- simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar. Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. Berjumpalah doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti berikut:
 
  • Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu.
  •  Najis yang ‘sempit’
  •  Perdarahan rektal atau najis berdarah
  •  Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit.
  •  Abdomen sakit apabila membuang air besar.
  •  Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya.
Faktor-Faktor Risiko
  •     Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
  •  Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
  •  Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.
  •  Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
  •  Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.
  •  Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.
  •  Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.
  •  Terlalu banyak mengambil alkohol  

Dapatkan Nasihat Perubatan
Jika terdapat simptom-simptom kanser kolorektal seperti darah di dalam najis atau perubahan yang berterusan dalam tabiat bowel anda, sila berjumpa doktor dengan segera.


Diagnosis Dan Penyaringan

Penyaringan adalah amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar kanser. Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika kanser berjaya dikesan pada peringkat awal.
  • Pemeriksaan rektal secara digital, di mana doktor akan menggunakan jari yang bersarung tangan getah untuk memeriksa beberapa inci pertama rektum anda untuk polipus besar dan kanser.
  • Ujian darah fekal okulta memeriksa sampel najis anda untuk darah.
  • Sigmoidoskopi yang fleksibel. Doktor akan menggunakan tiub yang fleksibel, halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir di dalam kolon anda.
  • Enema barium. Ujian diagnostik ini membenarkan doktor anda membuat penilaian keseluruhan usus besar anda dengan sinar-X
  • Kolonoskopi. Mirip kepada sigmoidoskopi yang fleksibel tetapi instrumen yang digunakan iaitu kolonoskop satu tiub yang panjang, kurus dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor membenarkan doktor anda melihat keseluruhan kolon dan rektum anda.
  • Ujian genetik. Jika keluarga anda mempunyai latar belakang sejarah kanser kolorektal, anda mungkin merupakan calon yang sesuai untuk menjalani ujian darah ini.
Rawatan
Jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor bergantung pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi. Pembedahan (kolektomi) adalah rawatan utama bagi kanser kolorektal. Berapa banyak kolon anda dibuang atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa nodus atau bahagian tubuh anda yang lain.


Prosedur Pembedahan

Doktor bedah akan menyingkirkan bahagian kolon yang mengandungi kanser bersama sejalur tisu normal di mana-mana bahagian kanser tersebut untuk memastikan tiada kanser yang ditinggalkan.
Jika kanser anda kecil, terletak di dalam polipus dan berada di peringkat awal, doktor bedah anda boleh membuang kanser tersebut sewaktu kolonoskopi. Jika ahli patologi menentukan bahawa kanser di dalam polipus tidak membabitkan dasar di mana polipus terlekat di dinding usus, ini merupakan petanda baik bahawa kanser tersebut telah disingkirkan sepenuhnya. Jika kanser di tahap lanjut atau kesihatan anda agak lemah, doktor akan membuang sebahagian kecil kolon atau rektum anda.

Pencegahan
  • Banyakkan makan buah, sayur dan bijirin
  •  Hadkan makanan berlemak lebih-lebih lagi lemak tepu
  •  Ambil vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine (vitamin B-6) dan vitamin B-9
  •  Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok
  •  Jalani kehidupan fizikal yang aktif dan kekalkan berat badan yang sihat
  •  Mempertimbangkan pengambilan statin untuk kolestrol tinggi.

Colorectal cancer, also called colon cancer or large bowel cancer or "CRC", includes cancerous growths in the colon, rectum and appendix. With 655,000 deaths worldwide per year, it is the fourth most common form of cancer in the United States and the third leading cause of cancer-related death in the Western world. Colorectal cancers arise from adenomatous polyps in the colon. These mushroom-shaped growths are usually benign, but some develop into cancer over time. Localized colon cancer is usually diagnosed through colonoscopy.